“Dalam masa 13 Mei, berlaku orang bukan Islam dapat kerusi banyak, huru hara negara ni, kerajaan ishtihar darurat, buat perlembagaan, lalu Tun Abdul Razak panggil pemimpin PAS ajak buat kerajaan campuran, lalu para ulama, pemimpin PAS bermesyuarat, boleh dak masuk kerajaan campuran? Boleh, tapi dengan beberapa syarat :
1) PAS bebas berdakwah dalam kerajaan. Di Kementerian2, di jabatan2, di universiti2
2) Melaksanakan Islam secara berperingkat
3) PAS tidak terikat dengan Parti Perikatan, Umno Mca dan Mic. PAS boleh bangkang dalam kerajaan campuran.
Ada ahli PAS tak setuju, kata ni begabung dengan Umno lah, buat parti lain. Tapi ini strategi. Hari ini semua tempat dalam kerajaan ada pengaruh PAS. Pegawai2 British yang tua besara, naik pegawai baru yang sebahagiannya orang PAS.
Perlaksanaan Islam tak banyak, azan waktu solat dalam TV dan radio masuk sampai hari ni, tiada lagi maksiat dalam majlis2 kerajaan, tiada tari menari, tiada minum arak. Akhirnya berlaku pertembungan dengan puak sekular dalam Parti Perikatan, tak setuju dengan PAS.
PAS dikeluarkan dari Parti Perikatan. Walaupun kita kalah dalam pilihan raya, puak sekular menang, tapi pengaruh PAS meluas ke seluruh negara. Ini STRATEGI ulama PAS dulu.”
-Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang-
24 Nov 2018 (Sabtu)
Muzakarah Ulama Tuan Guru Pondok Kedah
Madrasah Misbahul Falah, Parit Panjang, Baling, Kedah.