Lim Lian Geok: Penghasut Yang Dilucut Kerakyatan Oleh Kerajaan Malaysia Pada Era-60an
Category Archives: Uncategorized
Tiada tolak ansur.
PAS dan UMNO.
Kalau ada kawan-kawan kita kata dia ahli PAS atau ahli UMNO atau dia kata dia orang PAS atau orang UMNO tapi waktu yang sama dia menunjukkan ketidak setujuan kerja sama antara UMNO dan PAS atau cuba memberi persepsi yang usaha kerja sama PAS dan UMNO ini sia-sia, ketahuilah mereka itu adalah pendukung atau penyokong PH walau pun mereka itu telah jadi ahli PAS atau UMNO sejak hari pertama dapat surat beranak. Jauhkan dari mengikut mereka tapi dekati mereka melalui doa dan sedekah atau hadiah agar mereka bertaubat.
Bila orang tanya aku, macam mana engkau boleh terima kerja sama PAS dengan UMNO maka aku bagi tahu mereka DAP pun kita boleh dan pernah kerja sama kenapa UMNO tak boleh? Betul, UMNO dulu terlalu menzalimi PAS dan kalau diikut hati memang tiada maaf bagi UMNO tapi bukankah Rasulullah memaafkan 50 orang pasukan pemanah di atas bukit Uhud yang meninggalkan tempat mereka ditugaskan sehingga pasukan Islam dikatakan kalah? Bukankah Rasulullah memaafkan semua mereka yang pernah menyakitkan hati dan mencederakan malah membunuh orang Islam dari kalangan kaum musyrikin Mekah ketika pembukaan kota Mekah kecuali beberapa orang sahaja? Jadi, akhlak siapakah yang kita nak ikut kalau bukan akhlak Rasulullah? Dan, bukankah Allah janji yang Dia akan uruskan orang-orang yang tidak ikhlas dan ada niat jahat dari kalangan mereka yang menawarkan perdamaian kepada PAS? Janji siapakah yang lebih benar dari janji Allah?
Atas alasan-alasan inilah aku terima kerja sama itu namun semuanya tertakluk kepada keputusan pimpinan PAS. Buat masa ini kita hanya bersama dalam isu-isu tertentu dahulu sebagaimana yang selalu diulang oleh timbalan presiden dan naib-naib presiden. Bukankah kalau nak kahwin sunat bertunang dahulu untuk saling kenal mengenali dahulu? Takut kalau terus nikah nanti banyak masalah yang timbul. Bukankah majikan kalau mahu mengambil pekerja tetap ada tempoh pemerhatiannya yang disebut “under provation (mungkin aku salah eja)”? Begitulah dengan kerja sama PAS dan UMNO ini kerana ini bukan kerja kecil dan banyak perkara yang harus diperhalusi.
Mungkin ada yang bertanya kanapa mesti timbalan presiden dan naib-naib presiden sahaja yang bagi kenyataan? Presiden tak pernah cakap ya atau tidak pun? kenapa bukan presiden sendiri?
Jawapannya adalah timbalan presiden dan naib-naib presiden hari ini tak sama dengan bekas timbalan presiden dan naib-aib presiden yang lalu yang hari ini semua sudah jadi menteri, timbalan menteri dan senator melalui parti baru mereka. Pimpinan yang ada hari ini adalah pimpinan yang mendukung presiden. Jadi sudah tentu kata-kata mereka telah mendapat lampu hijau dari presiden. Jika presiden tunjuk lampu biru, oren atau merah tentu mereka tidak berkata sedemikian.
Untuk itu, aku akan terus bersama PAS dan akan bersama apa sahaja langkah yang diambil PAS dalam hubungannya dengan UMNO.
Icerd.
BALING – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, politik ialah senjata penting umat Islam namun di Malaysia, masih ada orang melayu mengabaikan tanggungjawab untuk mengundi.
.
Menurutnya, orang Turki yang tinggal di Australia balik mengundi untuk menangkan parti Islam.
.
“Tetapi kita di sini menganggap undi tidak penting. Tidak daftar, ada nama tidak mengundi.
.
“Ada yang kuat dengar ceramah tetapi nama tiada, yang duduk jauh tidak balik mengundi.
.
“PH, 66 kerusi (Parlimen) bukan Islam, 58 kerusi Islam. Besar kerusi bukan Islam daripada Islam. Ramai tidak sedar, ingat tempat dia saja. Ini bahana dan akibat kita tidak faham kewajipan berpolitik,” katanya di tapak pembinaan Kompleks PAS Kupang, di sini hari ini.
.
Justeru katanya, masyarakat perlu melaksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh kerana hanya dengan Islam manusia selamat.
.
Dalam pada itu, katanya, PAS mendapat undi yang banyak pada PRU14 tetapi menghadapi tipu daya pilihan raya.
.
Abdul Hadi berkata, Parlimen Baling mempunyai 100,000 pengundi, sedangkan di Selangor dan Johor hanya 30,000 pengundi untuk satu Parlimen.
.
Menurutnya, jumlah itu menunjukkan Baling boleh dipecahkan kepada tiga kawasan Parlimen.
.
“Di Sabah dan Sarawak, 10,000 pengundi satu Parlimen. Baling boleh buat 10 kawasan Parlimen.
.
“Mereka sengaja jadikan 100,000 pengundi bagi satu Parlimen di Baling,” katanya.
.
Dalam pada itu, Abdul Hadi mahu keluarga dan masyarakat memainkan dalam menyedarkan golongan muda daripada hidup leka.
.
Beliau berkata, golongan muda kini tidak peka dengan kedudukan agama mereka.
.
Menurutnya, berdasarkan perkiraan PRU14, golongan tua bersama umno, usia pertengahan majoritinya memilih PAS manakala orang bukan Islam 90 peratus menyokong ph.
.
“Orang muda-muda berusia 21 hingga 30 tahun sokong ph, yang tidak mengaji, mengaji dengan telefon, mengaji dengan internet, mengaji dengan whatsApp.
.
“Tidak mengaji agama, tidak tahu kedudukan agama dia. Hidup dengan leka dan lalai.
.
“Tanggungjawab kita, ibu bapa, anak-anak dan keluarga mesti menyedarkan anak-anak muda ini. Jangan biar leka,” katanya.
.
Menurutnya, himpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) 8 Disember ini tetap diteruskan bagi menyatakan kesyukuran kepada ALLAH.
13 Mei
“Dalam masa 13 Mei, berlaku orang bukan Islam dapat kerusi banyak, huru hara negara ni, kerajaan ishtihar darurat, buat perlembagaan, lalu Tun Abdul Razak panggil pemimpin PAS ajak buat kerajaan campuran, lalu para ulama, pemimpin PAS bermesyuarat, boleh dak masuk kerajaan campuran? Boleh, tapi dengan beberapa syarat :
1) PAS bebas berdakwah dalam kerajaan. Di Kementerian2, di jabatan2, di universiti2
2) Melaksanakan Islam secara berperingkat
3) PAS tidak terikat dengan Parti Perikatan, Umno Mca dan Mic. PAS boleh bangkang dalam kerajaan campuran.
Ada ahli PAS tak setuju, kata ni begabung dengan Umno lah, buat parti lain. Tapi ini strategi. Hari ini semua tempat dalam kerajaan ada pengaruh PAS. Pegawai2 British yang tua besara, naik pegawai baru yang sebahagiannya orang PAS.
Perlaksanaan Islam tak banyak, azan waktu solat dalam TV dan radio masuk sampai hari ni, tiada lagi maksiat dalam majlis2 kerajaan, tiada tari menari, tiada minum arak. Akhirnya berlaku pertembungan dengan puak sekular dalam Parti Perikatan, tak setuju dengan PAS.
PAS dikeluarkan dari Parti Perikatan. Walaupun kita kalah dalam pilihan raya, puak sekular menang, tapi pengaruh PAS meluas ke seluruh negara. Ini STRATEGI ulama PAS dulu.”
-Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang-
24 Nov 2018 (Sabtu)
Muzakarah Ulama Tuan Guru Pondok Kedah
Madrasah Misbahul Falah, Parit Panjang, Baling, Kedah.



